Petua Mencerahkan Kulit Badan


Petua Mencerahkan Kulit Badan

Petua Mencerahkan Kulit Badan


Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti. Campurkan beras yang dikisar dengan sedikit air sahaja. Kemudian, gosokkan pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit, cukuplah sekadar dijadikan scrub. Lakukannya 3 kali seminggu. Ia akan mencerahkan kulit badan anda dan kulit anda menjadi lembut.