Petua Mengguna Umpan Semasa Memancing


Petua Mengguna Umpan Semasa Memancing

A. Umpan Laut Dalam - Kebanyakan umpan yang digunakan di laut dalam lebih kepada penggunaan umpan segar dan hidup. Kebiasaannya, sebelum melakukan aktiviti memancing, usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.

1. Ikan Segar seperti Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dan lain-lain.

2. Gewang (Rapala)
3. Sotong Hidup

(Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dan lain-lain)

B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut)

1. Udang Hidup
2. Perumpun
3. Tamban
4. Wat Wat Bakau
5. Hirisan Ikan
6. Gewang

(Ikan Utama: Siakap, Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dan lain-lain)

C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai seperti Taman Negara)

Umpan di kawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni satu-satu tempat.

1. Kelapa Sawit
2. Buah Neram
3. Ulat Sagu
4. Cengkerik
5. Ubi Kayu
6. Cacing Tanah
7. Perut Ayam
8. Gewang (mengilat)

(Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dan lain-lain)

D. Umpan Sungai (Lombong, Anak Sungai dan Tali Air)

1. Katak
2. Cacing
3. Anak Udang
4. Pisang
5. Tepung dan Dedak (Hong)
6. Roti
7. Anak Ikan
8. Hati Ayam
9. Telur Kerengga

(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dan lain-lain)

E. Umpan Udang Galah telah menjadi kebiasaan umum. Umpan utama ialah Cacing Tanah.

1. Cacing Tanah
2. Wat-Wat
3. Anak Ikan Gapi
4. Hirisan Sotong (dipotong halus)
5. Anak Udang

(Tangkapan Utama: Udang Galah, tetapi adakalanya mengena ikan seperti Baung, Belida, Duri dan anak-anak ikan sungai)