Petua Malaya Offical Facebook

Friday, November 2, 2012

Petua Penjagaan Rambut

Petua Penjagaan Rambut 

Petua Penjagaan Rambut menggunakan telur

Telur – Asingkan antara putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 15 hingga ke 25 minit. Seterusnya, bilas rambut anda menggunakan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Rambut anda akan lebih bersinar.

Madu - Campurkan 2 sudu besar madu lebah dengan 2/3 cawan minyak zaitun, kemudian urut ke rambut dan

bungkus dengan menggunakan penutup rambut (showercap) selama 40 minit. Seterusnya, bilas dengan air bersih. Ia mungkin melekit pada rambut anda.

Limau Nipis - Ia cara terbaik untuk masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak. Lumurkan limau nipis pada rambut anda. Biarkan selama 25 hingga 35 minit. Kemudian, bilas rambut anda menggunakan air bersih.

Santan Kelapa - Santan kelapa boleh membantu untuk memastikan kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia selama 45 minit hingga 1 jam mengikut keselesaan. Kemudian, bilas menggunakan air bersih.

Kacang Hijau - Kacang hijau boleh melebatkan pertumbuhan rambut anda. Rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama 45 minit. Kemudian bilas rambut anda dengan air bersih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...