Petua Untuk Mengelak Rasa Bosan


Petua Untuk Mengelak Rasa Bosan

Petua Untuk Mengelak Rasa Bosan


Rasa bosan timbul apabila anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tiada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, rasa bosan petanda besar anda adalah orang yang tidak ada matlamat.

1. Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa yang hendak d

ilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu di sekeling yang boleh anda lakukan.

2. Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Tetapkan satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam. Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan. Sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

3. Sibukkan diri anda dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tidak mahu berhenti melakukannya.



SPONSORED