Petua Malaya Offical Facebook

Wednesday, December 5, 2012

Petua Untuk Badan Kelihatan Berisi

Petua Untuk Badan Kelihatan Berisi

1. Makan Makanan Berkalori Tinggi. Ini langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500 - 1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 0.5 kilogram hingga 1 kilogram dalam tempoh seminggu.

2. Makan Makanan Berkarbohidrat Tinggi. Ini perlu dan biasa dil
akukan untuk menambahkan berat badan. Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan anda.

3. Makan Mengikut Jadual. Makan dengan sukatan yang besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bersertakan snek yang berkalori tinggi seperti karipap di antara waktu makan, terutamanya pada awal percubaan untuk menambahkan berat. Bagaimanapun, snek yang dimakan itu tidak seharusnya menggantikan makanan-makanan yang berkhasiat. Makan selalu dan jangan abaikan waktu makan anda.

4. Makan Lewat Malam. Dengan memakan snek pada waktu lewat malam dapat mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan anda.
5. Makan Daging Merah Lebih. Daging merah, seperti daging lembu, mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda pelbagaikan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Makan dan Berehat Secukupnya. Tidak ada gunanya anda memakan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Ini tidak bermakna anda harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6 - 8 jam setiap hari sudah cukup memadai.

7. Minum Jus Buah-Buahan dan Susu. Minuman adalah cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan kalori. Apabila anda berasa haus, cuba amalkan meminum jus buah-buahan selain daripada air biasa. Ataupun minum minuman yang bersusu seperti makanan segera untuk bersarapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...