Petua Malaya Offical Facebook

Friday, December 21, 2012

Petua Untuk Menjaga Bibir

Petua Untuk Menjaga Bibir

Petua Untuk Menjaga Bibir


1. Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi anda, tetapi sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir untuk melindungi bibir
dari kesan cahaya matahari.

2. Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bbir dengan gentle make-up remover, kemudian ambil kain lembut yang dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.

3. Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...