Petua Merawat Kulit Terbakar Matahari


Petua Merawat Kulit Terbakar Matahari

Petua 1: Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.

Petua 2: Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering baharulah dibilas dengan air.


Petua 3: Kisar 6 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.

Petua 4: Belah 2 biji tomato kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5 - 10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.