Petua Untuk Menjaga Kesihatan Zakar Anda
1.
Ketahuilah bahawa zakar anda berkait dengan seluruh badan anda.
Sihatnya tubuh badan maka sihatlah zakar. Batang zakar bukanlah satu
anggota yang perlu dilayan berlainan. Seluruh badan anda juga perlu
dibelai.
2. Kesihatan batang zakar anda bergantung kepada kesihatan. Kesihatan banyak bergantung kepada apa yang dimakan dan diminum. Jaga kesihatan

agar tidak
hadapi masalah kencing manis (diabetes). Diabetes boleh menyebabkan
mati pucuk (impotent). Mati pucuk atau impotent bagi penghidap diabetes
tidak secara mendadak. Ia mengambil masa antara 10 ke 15 tahun untuk
berlaku. Kurangkan gula dalam minum dan makanan. Jika anda tidak mahu
kecewa atau hadapi masalah mati pucuk, maka jaga kesihatan dengan
kurangkan gula sekarang. Mintalah air kurang manis dan gantikan kek dan
kuih manis dengan buah-buahan.
3. Bagi penghidap diabetes, jangan rasa tertekan. Kurangkan pengambilan gula, jangan tinggalkan rawatan perubatan, kurangkan berat badan kepada yang bersesuaian dengan usia, makan makanan yang sihat dan bersenam mampu mengawal kemungkinan mati pucuk. Bertindak awal.
4. Penyakit tekanan darah tinggi juga boleh mengurangkan kemampuan batang zakar anda untuk bertahan lama. Ini kerana kemampuan batang zakar mengeras adalah berkait dengan aliran darah. Kencing manis dalam jangka masa panjang mengecil salur darah dan merosakkan salur darah halus. Darah tinggi pula mengganggu aliran darah yang baik ke batang zakar anda.
5. Begitu juga dengan kegemukan. Lemak, terutama dalam salur darah, akan mula menyumbatkannya. Terutama sekali salur-salur jalur darah sekitar jantung. Ia bukan sahaja meninggikan risiko penyakit jantung, malah meninggikan risiko kemampuan lelaki bertahan lama diranjang. Nafas semakin pendek. Kurangkan pengambilan makan berlemak terutama lemak tepu yang biasa digunakan untuk membuat makanan segera dan ringan. Lemak tepu ini yang sukar dihadamkan dan selalu menyumbatkan salur darah.
6. Lakukan senaman ringan setiap masa. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan gula dan pengambilan garam. Sebagai penambahan, asparagus dan buah pisang boleh meningkat libido lelaki.
7. Amalan memakan Tongkat Ali turut membantu dalam mengembalikan paras hormon lelaki yang hilang akibat penambahan usia. Namun begitu, Tongkat Ali yang dimaksudkan di sini bukanlah daripada minuman Tongkat Ali yang diwar-warkan dalam iklan. Isinya terlalu sedikit untuk mendatangkan perubahan. Dapatkan Tongkat Ali yang sebenarnya di farmasi dan klinik doktor.