Petua Untuk Wajah Berseri-seri


Petua Untuk Wajah Berseri-seri

Petua Untuk Wajah Berseri-seri


Pilihan 1: Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tersebut pada seluruh muka dan badan, secara perlahan-lahan hingga daki keluar.

Pilihan 2: Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit it

u naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.

Pilihan 3: Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih.

Pilihan 4: Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata.

Pilihan 5: Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan satu sudu besar madu dan dua sudu besar jus buah prun. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 6: Bersihkan sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut. Ibu kunyit ini hanya diminum sekali sahaja selepas ibu bersalin.

Pilihan 7: Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tadi ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Amalkan sebelum tidur.

Pilihan 8: Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.

Pilihan 9: Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. Kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.

Pilihan 10: Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat 3 kali. Amalkan selama 3 malam berturut-turut dan anda akan lihat perbezaannya.

Pilihan 11: Gunakan buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian cuci dengan air sejuk.

Pilihan 12: Bancuh 2 sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur dan dibilas pada pagi esoknya. Amalkan setiap malam selama 2 minggu berturut-turut.