Petua Menjaga Alat Kelamin Wanita


Petua Menjaga Alat Kelamin Wanita

Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan. Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri.

Petua Menjaga Alat Kelamin Wanita


Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan. Wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman. Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri. Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat.

Ada beberapa langkah atau petua yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita:

1. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah saluran yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon, mereka perlu ingat untuk menukarnya.

3. Elak daripada sering mengamalkan “douching” iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria “lactobacilli” dari faraj, di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan menyabun atau menyapu “shower gel” pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

5. Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.

6. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).

7. Elakkan memakai pakaian dalam synthetic yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

8. Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan. Elok memakai “panty liner” supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.



SPONSORED