Petua Menangani Sakit Gigi Berlubang


Petua Menangani Sakit Gigi Berlubang

Petua Menangani Sakit Gigi Berlubang

Pilihan 1: Tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.

Pilihan 2: Kunyah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.

Pilihan 3: Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Pilihan 4: Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.

Pilihan 5: Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ke dalam gigi yang berlubang.

Pilihan 6: Ambil sebiji bawang merah dan kupaskan kulitnya. Panggang bawang merah tersebut sehingga berwarna kehitaman. Semasa bawang merah masih panas, letakkan pada gigi berlubang dan gigit.

Pilihan 7: Ambil 8 biji buah belimbing buluh dan makan dengan sedikit garam. Anda juga boleh tumbuk lumat buah belimbing buluh dan masukkan ke bahagian gigi anda yang berlubang. Ia akan meredakan sakit gigi berlubang.


SPONSORED