Petua Untuk Bakal Pengantin Menghadapi Debaran Malam Pertama


Petua Untuk Bakal Pengantin Menghadapi Debaran Malam Pertama 

Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.Satu pengalaman yang selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain,kini benar-benar akan mereka alami sendiri. Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama.

Petua Untuk Bakal Pengantin Menghadapi Debaran Malam Pertama

Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama. Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna, dalam debar mereka biasanya tidak sabar untuk mengalami sendiri peristiwa yang akan diingati seumur hidup. Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yang sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru berlangsung dengan penuh nikmat. Ada beberapa perkara harus diberi perhatian seperti berikut:

1. Persiapan Fizikal - Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama, khususnya kaum wanita? Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangn awal untuk persiapan hari perkhawinan. Maka ada baiknya jika suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan. Sekiranya pasangan kepenatan,apa salahnya menunggu keesokan harinya, Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

2. Persiapan Mental - Bagaimana dengan persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia untuk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimum kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baharu. Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi, maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui.

 3. Cukupkah Ilmu Di Dada? - Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baharu yang perlu dipelajari lebih lanjut. Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut. Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memadai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

4. Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif - Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’(bahagian tubuh yg sensitif terdadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak. Namun bagi isteri untuk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tentu jauh lebih mudah.

 5. Jangan Makan Berlebihan - Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda utk membantu proses percernaan makanan.akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yg dikehendaki dan seterusnya yg membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

 6. Tinggalkan Kenangan Yang Indah - Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yang mendalam.Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri.Untuk itu,pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya.


SPONSORED