Petua Untuk Melupakan Bekas Kekasih Anda
Bukan senang hendak melupakan kekasih lama yang amat disayangi, tetapi sampai bila anda hendak kenangkan orang yang sudah pergi meninggalkan anda tanpa menoleh walaupun seketika. Memang senang nak cakap, nak buat memang payah sekali. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati anda masih tidak aman.
1. Menghapus Kenangan Bersama Si Dia - Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan anda mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto anda berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam anda. Ini termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.
2. Jangan Menyeksa Diri - Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat anda teringat kembali kepadanya. Misalnya, lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat anda tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
3. Si Dia Punyai Pengganti - Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk anda melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, anda terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.
4. Berhenti Membandingkan - Sikap anda yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih anda. Hal ini terjadi apabila anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, anda pasti akan menggunakan pelbagai macam alasan.
5. Kehidupan Berbeza - Kebiasaannya, anda akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana anda dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Anda harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan anda hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
6. Ingat Hal-Hal Yang Buruk Tentang Dirinya - Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, anda harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri anda, membandingkan penampilan anda dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
7. Rakan Pendengar Setia - Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain di fikiran. Luahkan masalah anda itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran anda.
8. Cipta Fantasi - Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, anda sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik anda mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang anda gambarkan?

SPONSORED