Petua Mengatasi Masalah Kurang Darah


Petua Mengatasi Masalah Kurang Darah


Petua Mengatasi Masalah Kurang Darah


Masalah kurang darah boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tidak bersemangat. Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri anda boleh pengsan.

Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan haid tidak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing.Untuk itu, petua melayu tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi kekurangan darah adalah seperti berikut:

a. 2 biji telur ayam.
b. 1 sudu makan madu asli.
c. 1 biji limau nipis.
d. Segenggam daun bayam

1. Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.
2. Masukkan madu ke dalam kuning telur dan kacau sampai rata.
3. Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi.
4. Tumbuk dahulu daun bayam. Kemudian, ambil airnya dan masukkan bersama campuran kuning telur, madu dan air limau nipis.
5. Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.
6. Minumlah air daripada 4 ramuan tersebut.

Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar. Selepas itu, anda jarakkan tempuh meminumnya, iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali.


SPONSORED