Petua Untuk Bakal Pengantin Menaikkan Seri Wajah
Buat bakal pengantin di luar sana, pasti anda tercari-cari tips dan petua untuk menaikkan seri wajah agar lebih menyerlahkan aura di hari bahagia nanti. Disini kami ada beberapa tips untuk anda untuk menaikkan seri wajah anda.
Mandi Bunga
Untuk bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah, amat dinasihatkan mengamalkan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi 7 jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini.
Kunyit
Kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan 2 atau 3 kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin.
Bunga Mawar
Amalkan memakan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Ia baik untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam.
SPONSORED