Petua Untuk Gadis Kekal Ayu


Petua Untuk Gadis Kekal Ayu

Buat si gadis, anda sedang mencari tips dan petua agal kekal ayu ? berikut merupakan beberapa tips dan petua buat si gadis yang dapat kami kongsikan agar anda kekal manis dan ayu.

Kejelitaan Wajah
Menjaga kejelitaan semula jadi dengan tidak memakai bahan-bahan luaran (mekap) yang bersifat palsu semata-mata tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental.

Penggunaan Masa
Gunakan masa untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif. Jangan banyak berangan-angan.

Tidur Yang Mencukupi
Tidur awal dan mencukupi setiap malam dan bangun awal pagi untuk solat subuh. Elakkan tidur siang hari kerana ianya akan memberikan kesan yang tidak baik pada wajah dan tubuh anda.

Tona Suara
Gadis ayu juga memerlukan penjagaan suara yang baik. Latihlah diri anda bercakap dengan lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat agar ianya dapat melembutkan hati si pendengar.

Gaya Bahasa
Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuruan budi seperti ‘tolong’ dan ‘minta maaf’, serta ‘terima kasih’. Jangan menggunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti ‘bosan’, ‘very annoying’, ‘menyampah’, ‘benci’ dan sebagainya kerana keadaan ini akan menyebabkan muka anda menjadi berkerut dan masam.

Kebersihan Kulit Badan
Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Amalkan makan ulam-ulaman dan buah-buahan segar untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Gunakan sabun yang tidak banyak merosakkan kulit.

Kebersihan Kulit Wajah
Kalau ada jerawat yang tumbuh pada muka, gunakan pencuci muka dan ubat jerawat. Penggunaan sabun akan membuatkan kulit muka kering manakala pencuci muka memang dirumuskan khas untuk wajah. Kulit badan dan kulit muka adalah berbeza kombinasinya.

Kebersihan dan Kecantikan Rambut
Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Ketika menyikat rambut, ulangi sikat ke seluruh bahagian kepala untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Namun kalau anda ingin rambut menjadi ikal mayang, jangan sisir rambut dengan sikat tetapi gunalah jari.

SPONSORED