Petua untuk Kuruskan Badan dengan Cepat dan Berkesan


Petua untuk Kuruskan Badan dengan Cepat dan Berkesan

Petua untuk Kuruskan Badan dengan Cepat dan Berkesan

Setiap orang inginkan tubuh yang lansing dan menawan, namun kurus bukanlah suatu tanda aras untuk menentukan seseorang itu sihat atau tidak. Justeru, apapun cara yang diambil untuk menguruskan badan, haruslah diingat untuk memilih cara yang baik dan berkesan agar tidak memudaratkan kesihatan kita. Berikut merupakan tips dan petua dari Petua Malaya agar anda dapat kuruskan badan anda dengan cepat dan berkesan. Selamat mencuba ya !
Petua untuk Kuruskan Badan dengan Cepat dan Berkesan


Amalkan pengambilan air masak yang mencukupi. 

Sebaiknya, ambillah 8 gelas sehari ataupun paling tidakpun 2 liter sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong dan kurangkan minum air manis. Rajinkan memeriksa warna urin anda - sekiranya terlalu kuning, kemungkinan besar anda kurang meminum air masak yang secukupnya.

Amalkan senaman. 

Tak perlu kita nak beli macam-macam mesin. Kalau ada duit, belilah. Kalau tak, cukup kita berjoging pusing taman perumahan. Jangan malu. Bukan mereka yang nak kuruskan badan. Senaman ringkas-ringkas juga memadai. Biar kita rasa seronok bila bersenam.

Kurangkan Coklat dan Makanan Bergula

Kurangkan makan kek dan coklat sebagai snek utama kita. Sebaiknya gantikan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ubahsuai menu harian anda berkaitan buah dan sayur untuk jadi lebih menarik untuk dimakan. Banyakkan mengambil buah-buahan terutama buahan tempatan seperti betik, pisang, dan pelbagai lagi yang memiliki khasiat dan zat yang tinggi.

Ubah Teknik Pemakanan

Cuba makan secara perlahan. Makanan perlulah dikunyah sehingga benar-benar hancur luluh. Ianya akan mudahkan perut kita untuk hadam.

Tingkatkan dan kekalkan motivasi

Minda yang aktif dan positif penting untuk kita berjaya kuruskan badan & kempiskan perut. Bacalah pengalaman mereka yang berjaya turunkan berat badan. Inshya-Allah kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan ikut jadual pemakanan yang teratur. Kalau orang lain boleh kurus, kenapa bukan kita ?

SPONSORED