Petua Melayu Lama Untuk Merawat Bayi Demam Kuning
1. Susukan bayi dengan susu Ibu sebanyak dan sekerap yang mungkin. Susukan setiap 2 jam atau kurang.
2. Ibu yang menyusu hendaklah minum susu kambing dan juga madu lebah.
3. Ibu menyusu perlu kurangkan pengambilan kunyit, lada hitam, halia, bawang putih, rempah-ratus, jamu-jamuan kerana bahan ini bersifat panas.
4. Mandikan bayi dengan air daun belimbing buluh sehingga demam kuning hilang.
5. Kenakan bayi pada cahaya matahari pagi. Memadai dengan buka tingkap dan kenakan bayi pada cahaya yang samar-samar, antara pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
6. Perahkan sengkuang cina, ambil airnya dan ibu minum supaya khasiatnya dapat kepada anak.
7. Ambil beberapa batang pokok dukung anak, rebuskan. Mandikan bayi dengan air rebusan ini ,2 kali sehari. Amalkan sehingga demam kuning hilang.
SPONSORED