Petua Merawat dan Mengurangkan Sakit Senggugut


Petua Merawat dan Mengurangkan Sakit Senggugut

Untuk para wanita yang mengalami masalah senggugut, berikut merupakan beberapa petua dan tips untuk anda mengurangkan sakit dan ketidakselesaan yang dialami sewaktu senggugut. Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita.

Petua 1 - Gunakan biji pinang tua yang dibakar

Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 - Gunakan halia yang ditumbuk lumat

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah minum air tersebut.

Petua 3 - Amalkan meminum air rebusan herba

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 - Pengambilan halia dan sebuk lada hitam

Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid.

Petua 5 - Teh pahit tanpa gula

Semasa sakit ketika haid, amalkan meminum air teh pahit tanpa gula.

Petua 6 - Lain-lain cara

Pertukaran cara hidup seperti selalu senaman secara berkala dan permakanan seimbang mungkin melegakan sesetengah kesan PMDD. Terdapat bukti bahawa vitamin B6 dalam dos sehingga 100mg mampu meringankan simptom.

Pilihan lain adalah rawatan hormon ; rawatan paling mudah adalah pil perancang, yang mungkin mengurangkan atau malah menyingkirkan simptom. Pil perancang turut mampu memburukkan simptom sesetengah wanita kerana ia mengandungi progesteron dan ramai wanita mengidap PMS dan terutamanya PMDD adalah alahan kepada progesterone (yang terhasil semulajadi dalam tubuh mereka dan buatan). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa progesterone mungkin merupakan punca PMDD dan PMS (Watson et al 1989; Leather et al 1999; Studd et al 2004).

Rawatan penuh hanyalah dengan membuang ovari atau putus haid (menopause). Bagaimanapun, rawatan hormon biasanya diperlukan bagi meniru aras hormon semulajadi.

SPONSORED