Petua Uji Kehamilan Gunakan Bahan di Rumah


Petua Uji Kehamilan Gunakan Bahan di Rumah


Terdapat beberapa tips dan petua bagi anda untuk menguji kehamilan dengan menggunakan barang-barang yang mudah didapati di rumah. Namun, ketepatannya sudah pasti diragui, tetapi tidak salah untuk anda mencuba sebagai 'indicator' bagi ujian kehamilan. Bagi pasangan yang terlalu inginkan cahaya mata pasti teruja setiap kali haid lewat dari tarikh sepatutnya.

Namun setelah diuji dengan 'UPT kit' yang didapati di farmasi negatif, pasti rasa membazir kerana kit tersebut bukanlah murah. Bagi mereka yang inginkan alternatif selain menggunakan ujian UPT, anda boleh lah mencuba petua ini dulu, uji kehamilan dengan cara mudah. Mungkin ianya berkesan untuk anda ?

1. Gunakan Cecair Peluntur / Clorox

ujian kehamilan guna clorox Petua Uji Kehamilan Gunakan Bahan di Rumah

Takungkan urine anda didalam bekas yang bersesuaian, kemudian tuangkan cecair peluntur ke dalam bekas urine. Sekiranya ia menghasilkan buih-buih, kebarangkalian anda mengandung mungkin tinggi. 

2. Gunakan Ubat Gigi

ujian kehamilan guna ubat gigi Petua Uji Kehamilan Gunakan Bahan di Rumah

Ambil ubat gigi anda, keluarkan sedikit ubat gigi ke dalam bekas yang mengandungi urine anda kemudian kacau. Perhatikan tindak-balasnya. Sekiranya  menghasilkan buih dan sedikit berdesir, peluang anda bakal menerima zuriat mungkin cerah.

3. Gunakan Cuka

ujian kehamilan guna cuka Petua Uji Kehamilan Gunakan Bahan di Rumah

Takungkan urine anda di dalam bekas yang bersesuaian, kemudian campurkan cecair urine anda bersama cuka dan lihat tindak-balasnya. Sekiranya terdapat perubahan warna, kemungkinan anda mengandung adalah sangat tinggi. 

Nota : Teknik dan kaedah diatas hanyalah sebagai alternatif untuk anda dan ketepatannya mungkin bergantung kepada pelbagai faktor. Hasil eksperiman mungkin berbeza setiap individu. 

Tahukah Anda?

Ujian kehamilan di rumah mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing anda. Badan anda mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku.


SPONSORED