Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
Petua 1: Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asm jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah stretchmarks.
Petua 2: Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
Petua 3: Ambil sedikit beras dan kisar halus. Juga sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.
Petua 4: Ambil Halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
Petua 5: Ambil lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
Petua 6: Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.
Petua 7: Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
SPONSORED