Petua untuk Menghilangkan Bulu Ketiak
Tahukah anda terdapat beberapa fungsi dan kebaikan bulu ketiak untuk manusia antaranya adalah seperti berikut ;
1) Untuk memanaskan tubuh badan. Bulu ketiak, bulu roma dan juga rambut berfungsi sebagai penebat haba yang membantu melambatkan pembebasan haba dari tubuh manusia.
2) Untuk menyejukkan badan. Selain memberi kepanasan pada masa yang sama ianya juga menyejukkan. Apabila kita berada dalam cuaca panas, ketiak akan berpeluh dan peluh tu akan melekat kat bulu-bulu ketiak memberikan rasa ‘nyaman dan sejuk’.
3) Daya penarik seks melalui rangsangan bau-bauan (pheromones). Samada anda sedar atau tidak, bau tubuh badan seseorang mampu menimbulkan kesan rangsangan dan menambahkan keghairahan kepada pasangannya ketika bersenggama.
Terdapat beberapa petua dan cara untuk anda mengilangkan bulu ketiak anda.
1) Waxing
Waxing salah satu cara menghilangkan bulu ketiak yang sering dilakukan baik pada wanita remaja atau pun dewasa. Waxing menggunakan suatu bahan perekat yang di oleskan pada kulit dan bulu yang fungsinya untuk menempelkan bulu bulu untuk ditarik keluar. Cara seperti ini jauh lebih mudah dan cepat namun kekurangannya ia akan memberikan rasa sakit pada saat proses penarikan bulu ketiak. Sehingga kini, waxing masih menjadi pilihan untuk menghilangkan bulu ketiak, kerana cara ini tidak semestinya perlu dilakukan di salon kecantikan, malah anda juga boleh lakukannya sendiri di rumah.
2) Mencukur
Menghilangkan bulu ketiak dengan di mencukur memerlukan alat,seperti pencukur, penajam, dan juga krimnya agar tidak melukai kulit. pencukur juga kini ada yang elektronik dengan menggunakan elektrik atau pun bateri sehingga lebih mudah untuk mencukur bulu di ketiak atau bulu di bahagian tubuh yang lain. Kekurangan menghilangkan bulu ketiak dengan mencukur ialah ianya akan menyebabkan bulu akan lebih cepat tumbuhnya, sehingga mencukur bulu harus dilakukan lebih kerap lagi di bandingkan sebelumnya.
3) Krim penghilang bulu
Krim penghilang bulu yang efektif dan sangat di sarankan adalah dengan menggunakan jenama 'veet' yang harganya tidak terlalu mahal dan mudah didapati. Krim penghilang bulu ketiak yang semulajadi juga ada iaitu dari kunyit yang juga akan membantu melepaskan bulu dari kulit.
4) Laser
Laser, untuk menghilangkan bulu ketiak yang mudah dan juga secara kekal iaitu menggunakan laser. Laser akan menghilangkan bulu ketiak dari akar sehingga akan menghilangkan bulu ketiak secara kekal oleh karena itu apabila ingin menghilangkan bulu ketiak yang cepat dan secara kekal iaitu dengan menggunakan laser di klinik kecantikan. Cara seperti ini memang sedikit lebih mahal di bandingkan cara yang lain.
SPONSORED