Petua Untuk Mengorat Anak Dara


Petua Untuk Mengorat Anak Dara


Jadilah Diri Sendiri 
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati anak dara terutama yang cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum dengannya. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa anak dara suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh anak dara itu seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Anda jangan jadi poyo. Anak dara lebih gemarkan lelaki yang tulin atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.

Pandai Mengawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika anak dara itu diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, dia akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana anak dara suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.

Bijak Meredakan Ketegangan
Orang perempuan paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan orang perempuan dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, dia akan tertarik pada anda.

Perwatakan dan Imej Nakal
Orang perempuan lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama ingin pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.

Selamba dan Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari orang perempuan. Mereka lebih menggemari lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan dia yang gementar ketika ingin bertemu diri anda, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan dengan anda. Apabila anda ‘cool’ dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.

Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Bertenang, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Orang perempuan tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, lebih-lebih lagi ketika makan bersamanya.

SPONSORED