Petua Malaya Offical Facebook

Tuesday, November 27, 2012

Petua Tradisional Untuk Memulih dan Menyempitkan Faraj

Petua Tradisional Untuk Memulih dan Menyempitkan Faraj

Petua 1 : Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

Petua 2 : Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sireh bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sireh. Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.

Petua 3 : Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau busuk yang amat sangat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...