1. Diam Seribu Bahasa - Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pun tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.
2. Buat Tak Tahu - Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.
3. Menolak Untuk Keluar atau Makan Bersama - Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.
4. Bermuka Masam - Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tidak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yang sedang merajuk.
5. Baca Surat Khabar - Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya. Anda kena “ayat” dia sedikit .
6. Menonton TV - Dia asyik menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tetapi hatinya ke lain. Gosok-gosoklah dia sedikit.
SPONSORED