Pernahkah anda mengalami tayar kereta pancit? Anda tidak tahu bagaimana untuk menghadapi kekangan ini?. Mesti anda khasnya para wanita hanya mengharapkan bantuan orang ramai kan? Mari kita belajar bagaimana cara hendak menukar tayar kereta.
Berikut adalah panduan atau tips yang boleh anda ambil perhatian jika tayar kereta anda terkena paku atau pancit secara tiba-tiba :-
1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (kebiasannya kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan kenderaan anda secara perlahan-lahan sambil bergerak ke arah sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah.
2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat yang ramai orang. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.
3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan lihat apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda membongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.
4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.
5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai dan agak selamat.
Pemandu haruslah memastikan kereta anda mempunyai alatan seperti berikut;
1. Tayar ganti / Spare
2. Jack - untuk men-jack (angkat) kereta anda.
4. Tool box (dilengkapi semua alat-alat seperti pembuka nat dan lain-lain)
Semua di atas adalah penting, dan harus di pastikan sentiasa ada tersedia di dalam kereta anda. Menukar tayar di jalan raya/highway adalah amat merbahaya. Jadi pastikan anda meletakan kon Segi-tiga kecemasan sekurang-kurangnya 50m dari kenderaan anda.
Jika tayar anda pancit, jangan gelabah atau panik, perlahankan kereta dan pastikan stereng tegar di pegang kemas.
1) Serta-merta memasang lampu kecemasan.
2) Kiranya terafik padat, boleh memasang lampu depan / belakang kereta anda.
3) Cari bahu jalan yang rata. Kemudian, cepat memasang alat kecemasan atau kon lebih kurang 20 – 30 meter di belakang kenderaan anda. Kesemua penumpang di nasihatkan keluar kereta. Tidak di benarkan berada dalam kenderaan. Bahaya kiranya berada di dalam kenderaan.
4) Keluarkan tayar ganti.
5) Keluarkan “jack”.
6) Alat skrew driver.
7) Pembuka nut atau tayar. pasang “brek tangan”. Kemudian masuklah salah satu gear. Apa-apa gear pun boleh.
Langkah kemudian, buka “wheel cover” tayar terlebih dulu dengan skrew driver. Seterusnya, buka nut-nut tayar bocor. Naikkan tayar bocar sehingga ia melepasi paras tanah.Untuk tayar ini, cari tempat keras atau kuat di badan kereta bagi meletakkan “jack”. Sesudah memasuki tayar ganti, ketatkan nut-nut tayar dengan sederhana sahaja.
Proses seterusnya ialah menurunkan kenderaan. Kemudian, hendaklah memperketatkan keempat-empat nut tayar. Ini penting. Ia melarang nut-nut tayar daripada terjatuh keluar.Bagi mengakhiri langkah-langkah pernukaran tayar itu, turunlah kenderaan dengan perlahan. Akhir sekali, letakkan jack, alat pembuka tayar, skrew driver, tayar bocor ke dalam booth dengan selamat.
Seterusnya, padam lampu kecemasan kenderaan. Sebelum mula bergerak, “free” gear dahulu. Proses penukaran tayar bocor itu memang panjang-lebar. Sudah pasti di lupanya satu dua langkah. Di mana terdapat perkara-perkara yang tidak di beritahu, tambah-tambahnya sahaja. Akhir kata, ke kedai tayar sahaja seberapa cepat yang boleh. Tayar bocor hendaklah di tampal segera. Kerana tayar itu mustahak sekali !
SPONSORED