Punca Sakit Kepala Berlebihan @ Migrain
Punca migrain ataupun lebih dikenali sebagai sakit kepala yang berlebihan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu yang tidak terkait dengan suatu penyakit dan sakit kepala yang diakibatkan oleh suatu penyakit. Berikut merupakan senarai penyebab sakit migrain yang mesti anda ketahui ;
- Gangguan pada otot leher dan kepala.
- Aktivi kimia di otak.
- Gangguan pada pembuluh darah dan saraf di kepala.
- Kemurungan dan stress.
- Kurang tidur.
- Dehidrasi.
- Jam makan sering terlewat.
- Minum alkohol terlalu banyak.
- Selsema.
- Jangkitan telinga.
- Masalah gigi.
- Sinusitis.
- Makan makanan dengan tinggi kandungan monosodium glutamat (MSG).
- Lahap makanan atau minuman yang terlalu sejuk secara tiba-tiba.
- Memakai atribut kepala yang terlalu kencang seperti topi keledar.
- Perubahan hormon pada wanita semisal selepas minum pil perancang keluarga.
- Gangguan pada penglihatan.
Di bawah adalah sebahagian daripada teknik dan kaedah yang mungkin tidak berguna untuk semua orang tetapi yang pastinya adalah yang paling mudah. Boleh dicuba untuk semua yang diserang migrain.
1. Menggunakan Rempah
Bahan-bahan yang pedas yang ada dalam cili merah boleh membantu melegakan sakit kepala semasa serangan migrain kerana ia menjadi ubat penahan sakit . Satu jumlah yang besar cili merah boleh digunakan semasa serangan migrain dan bukanlah dalam semua makanan.
2. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
3. Berada Di Dalam Bilik Gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
4. Mengambil Sedikit Kafein
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
5. Menggunakan Teknik Acupressure
Teknik ini adalah salah satu teknik yang paling mudah dan berguna untuk mengurangkan migrain. Teknik acupressure sebenarnya dilakukan dengan melakukan sesuatu di titik tekanan anda. Ketik sebelah kanan dan kiri dahi , bahu dan bahagian dalam pergelangan tangan anda 3 kali untuk mengawal tenaga dan untuk melegakan migrain.
6. Membaca Ayat Suci Al-Quran.
Sebagai umat islam, kita digalakkan untuk mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sesungguhnya terdapat pelbagai kebaikan dan manfaat samada tersurat ataupun yang tersirat di dalam kalam Allah SWT tersebut.
SPONSORED