Rawatan Tradisional untuk Mengurangkan Sakit Gout


Apa itu gout? Punca? dan rawatan tradisional untuk mengurangkan sakit gout

Sakit gout antara merupakan sakit yang popular terutamanya di kalangan para lelaki. Kebiasaannya penyakit gout ini berkait rapat dengan paras kandungan asid urik di dalam badan kita. Pihak wanita juga berisiko tinggi untuk terkena serangan gout ini terutamanya wanita di dalam fasa menopause. Ini kerana terdapat penurunan produksi dalam jumlah hormon yang sangat berkaitan dengan masa menstruasi dan kesuburan mereka.

Rawatan Tradisional untuk Mengurangkan Sakit Gout

Menurut pakar, penyakit gout seringkali terjadi akibat masalah metabolisme purine dalam badan manusia yang boleh menyebabkan pengumpulan asid urik dimana ianya akan menyebabkan kegagalan tubuh untuk menyingkirkan asid urik melalui sistem kumuhan semulajadi kebiasaannya melalui urea lalu mengakibatkan ianya terkumpul dalam kandungan darah kita. Selagi masalah asid urik yang berlebihan ini tidak diatasi, potensi untuk hilangkan penyakit gout dengan adalah lebih sukar.

Terdapat beberapa petua dan teknik rawatan tradisional yang boleh dicuba untuk mengurangkan sakit gout ini,namun keberkesannya bergantung kepada individu. Sekiranya keadaan berlanjutan eloklah anda mencuba rawatan alternatif yang lain. Antara  petua dan teknik rawatan tradisional yang boleh dilakukan adalah ;

Rawatan Tradisional untuk Mengurangkan Sakit Gout

1. Kulit kentang - dapatkan kentang yang masih segar,bersihkan,dan dapatkan kulitnya lalu rebus kulit kentang tersebutuntuk dijadikan ekstrak kulit kentang. Amalkan minuman ekstrak air rebusan kulit kentang tersebut dan lihat hasilnya dari hari ke hari.

2. Pokok durian dan kaki ayam - dapatkan anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya bersama dengan kaki ayam untuk dijadikan sup. Nikmatilah sup tersebut beserta kaki ayam. Cara ini merupakan antara cara yang paling popular bagi merawat sakit gout.

3. Kaktus - ambillah kaktus dan buanglah kulitnya. Isi kaktus tersebut dibalut dengan daun pisang lalu dilayurkan atas api bersaiz sederhana besar selama lebih kurang lima minit. Biarkan ia sejuk, gunakan ia dengan cara menampal di tempat yang sakit.

Terima kasih. Selamat mencuba !

SPONSORED