Petua Melayu Lama Untuk Mencerahkan Kulit


Petua Melayu Lama Untuk Mencerahkan Kulit


Petua Melayu Lama Untuk Mencerahkan Kulit

1. Wanita silam mengutamakan kecantikan kulit dan rambut. Justeru, mandi lulur sangat digemari. Mungkin kerana mereka kerap berjemur di bendang dan ladang. Kesannya kulit mudah dibakar matahari, menjadi gelap, kering dan bersisik. Lantas mereka rajin menyediakan ramuan mandi lulur, sama ada menggunakan beras tumbuk ataupun rempah-ratus.

Ia bertujuan melembut serta menghaluskan kulit. Biasanya, padi yang baharu dituai diasingkan secupak dua, dibuang kulit dan direndam berhari-hari. Airnya mesti diganti 2 kali sehari agar tidak busuk. Setelah separuh lembut, ia ditapis dan ditumbuk separuh lumat.

2. Setiap kali sebelum bersiram, beras lumat yang dicampur perahan limau nipis disapu pada seluruh badan. Apabila separuh kering, baharulah disental untuk mengeluarkan daki degil dan sel mati.

SPONSORED