Petua Tafsir Penyakit Melalui Mata
1. Warna Hitam - Menandakan gejala tekanan darah rendah. Pening apabila bangkit terlalu cepat. Selalunya ketika sebaik sahaja bangun dari tidur atau bangun dari membongkok. Cepat rasa letih dan muka kelihatan pucat. Dan ianya ada kaitan dengan kelemahan penguncupan jantung. Oleh kerana terlalu banyak toksin dari oksigen, akhirnya toksin ini akan merosakkan seluruh organ-organ. Ada orang berpendapat, tekanan darah rendah ini tidak merbahaya. Sebenarnya ianya lebih merbahaya dari penyakit tekanan darah tinggi.
2. Warna Cokelat - Ianya berkaitan dengan masalah kulit atau pun alahan. Terjadinya tompok-tompok merah. Kulit terasa gatal dan sakit. Termasuk juga semua jenis masalah kulit. Seperti muka berjerawat, kayap, kudis, ekzema, kurap, panau, kelemumur dan sebagainya. Bukannya mudah untuk mengatasi masalah kulit ini. Kerana ada banyak sebab yang perlu dikaji. Biasanya ia berkaitan dengan darah yang kotor. Berdasarkan pengalaman saya. Penyakit kulit ini berpunca dari kegagalan fungsi organ hati. Seperti mana yang kita ketahui hati bertindak sebagai agen penapis segala kekotoran dalam tubuh kita. Ia akan mengeluarkan segala kekotoran berupa najis, peluh, air kencing, bersin dan sebagainya melalui proses perkumuhan semulajadi. Tetapi apabila terlalu banyak toksin yang terkumpul dan menjadi beban pada tugas hati ini. Akhirnya ia gagal untuk berfungsi mengeluarkan kekotoran ini melalui sistem perkumuhan semulajadi. Maka dikeluarkan melalui sistem perkumuhan seperti bisul, kudis, kayap, kurap, jerawat dan sebagainya.
3. Warna Biru - Perjalanan darah tidak lancar. Akibat daripada pengumpulan toksin di saluran darah. Badan selalu rasa sejuk yang amat sangat. Terutama diwaktu pagi ketika mandi atau waktu hujan turun.
4. Warna Putih - Alamat seperti ini menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku. Lebih-lebih lagi apa tangan dan kaki mula terasa kebas-kebas. Ini menandakan seseorang itu akan menghadapi masalah lumpuh atau mati sebelah badan jika lambat bertindak untuk membuang kolestrol.
5. Warna Ungu - Berkaitan dengan pembuluh darah atau urat menjadi bengkak. Akibat daripada pengumpulan racun yang tinggi menghalang perjalanan darah di pembuluh dan urat-urat saraf. Boleh lihat dengan jelas lagi apabila urat-urat berwarna biru atau hitam timbul di sekitar kulit, terutama di kawasan betis kaki.
6. Bentuk Bulan Sabit - Menandakan mudah pelupa atau nyanyuk. Berkaitan dengan faktor usia yang sudah lanjut. Daya ingatan yang kurang bagus.
7. Garisan Kuning - Ia berkaitan dengan masalah lebihan asid dalam darah. Badan selalu rasa panas. Kaki mulai rasa bisa-bisa. Perut selalu rasa kurang selesa terutama selepas sarapan pagi. Jika dibiarkan berlarutan akan menghadapi masalah gout.
8. Garisan Lekuk - Ia berkaitan dengan masalah stress, akibat daripada beban di tempat kerja, rumahtangga, kesesakan lalulintas juga berkaitan. Terutama mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar.
9. Lekuk atau Lubang - Jika terdapat tanda-tanda berlekuk atau berlubang, itu bermakna organ bermasalah. Lagi besar lekuknya maka lagi kroniklah masalah yang dihadapi.
10. Warna Gelap atau Kelam - Jika anak mata kelihatan gelap ataupun nampak kelam sahaja, ini menandakan dia tinggal di kawasan yang tinggi kadar pencemarannya, ataupun terlalu lama mengamalkan ubat-ubat yang berunsurkan dadah.
11. Cokelat Kemerah-merahan - Ianya berhampiran di sekeliling anak mata. Menandakan daya serapan usus kecil kurang baik dan sistem pembuangan najisnya kurang baik.
12. Bentuk Siku Keluang - Menandakan sarafnya bermasalah. Samada sarat tunjang atau saraf dari punggung hingga ke kaki. Di waktu malam berasa sakit atau bisa yang amat sangat.
SPONSORED