Petua Untuk Merawat Kencing Manis
Pilihan 2: Ambil 20 gram pokok kemunting Cina bersama akar, daun dan bunganya. Rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. Minum 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh.
Pilihan 3: Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari.
Pilihan 4: Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
Pilihan 5: Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.
SPONSORED