Petua Untuk Mengelakkan Sakit Tengkuk, Leher dan Belakang


Petua Untuk Mengelakkan Sakit Tengkuk, Leher dan Belakang


a. Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
b. Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
c. Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
d. Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut sahaja.
e. Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
f. Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
g. Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
h. Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
i. Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
j. Apabila duduk di kerusi, pilih tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.

SPONSORED