Petua Untuk Elak Botak
Penjagaan dan Kebersihan Kulit Kepala
Penjagaan dan kebersihan kulit kepala perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut mula aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Gunakan Syampu yang Bersesuaian
Cara yang betul juga perlu dipraktikkan bagi mengelakkan rambut gugur. Caranya dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancarkan perjalanan darah.
Pemilihan Gaya Rambut yang Sesuai
Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut.