Petua Untuk Menjaga Pakaian Berwarna Gelap


Petua Untuk Menjaga Pakaian Berwarna Gelap


Mencuci Pakaian

Mencuci pakaian berwarna gelap perlu berhati-hati agar ia tidak pudar dan tetap berwarna gelap.

• Jangan rendam pakaian berwarna gelap lebih daripada 15 minit.
• Gunakan detergent untuk pakaian berwarna dan elakkan detergent yang mengandungi pemutih pakaian.
• Semasa anda menjemur pakaian, pastikan bahagian luar baju diterbalikkan dan letakkan di dalam. • Kemudian gantung dengan hanger.

Menyeterika Pakaian

Seringkali kita lupa dan tidak menyedari bahawa panasnya seterika juga boleh merosak warna pakaian.

• Suhu seterika mesti pada tahap suhu “medium”, jangan terlalu panas.
• Terbalikkan baju anda ketika menyeterika (seperti menjemur), kemudian baru dibalikkan lagi semasa melipat).

Menyimpan Pakaian

Menyimpan pakaian pun harus lebih cermat, agar ia tetap bersih dan kelihatan baharu.

• Jangan menyimpan pakaian di tempat yang terdedah pada sinar matahari secara langsung. Jangan menyimpan di tempat yang lembab kerana akan merosakkan pakaian. Perhatikan suhu almari anda. Sediakan penyerap air agar almari anda tetap kering dan tidak lembab.
• Jangan simpan minyak wangi (perfume) atau cologne secara langsung pada baju kerana alkohol boleh merosakkan warna baju atau pakaian.