Kebaikan dan Khasiat Bawang Putih untuk Manusia
Bawang putih berkesan menentang penyakit jantung. Bawang putih mencair dan mencuci serta mengurangkan proses pembekuan darah. Ini membolehkan darah mengalir lebih lancar dalam salur darah yang sebahagiannya disekat oleh himpunan kolesterol. Dengan itu kuranglah berlaku serangan jantung. Oleh itu, bawang putih boleh membantu penghidap darah tinggi, pesakit berkolesterol tinggi dan masalah yang dikaitkan dengan jantung dan peredaran darah.
Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.
Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.
Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms). Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.
Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.
Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.